Saturday 2 July 2011

FIQH DARJAH ENAM: CARA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT


1. SOLAT SAMBIL DUDUK



- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa
- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula
- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit drp tunduk ketika rukuk.



2. SOLAT BARING MENGIRING



- mengiring di atas rusuk kanan
- muka dan dada mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara
   sujud   dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat
   menutup mata.




3. SOLAT BARING MELENTANG



- baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dgn isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
- Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dgn mengingati setiap perbuatan dlm solat
- Tangan diangkat spt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.

No comments:

Post a Comment