Monday 13 June 2011

Sepintas Tanggung jawab remaja

Menempuh alam remaja merupakan satu peringkat yang penting kerana anda akan mengalami perubahan atau peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa yang merangkumi usia 12 hingga 19 tahun.
Peringkat uisa ini merupakan masa paling kritikal kerana anda akan mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan meliputi perubahan fizikal, mental,psikologi ,emosi dan sosial.
sebagai remaja anda perlu menjadi lebih bertanggung jawab dan mempelajari membuat keputusan.

Anda Perlu:
  • Bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang anda ambil
  • Belajar menghormati orang lain
  • Sentiasa menyayangi keluarga
  • Menghormati kehormatan diri dan menjaga maruah agama
  • Mengamalkan tingkahlaku sosial yang bertanggungjawab
  • Mengurus masa dengan bijak
  • mempelajari dan menghayati agama
  • mengamalkan cara hidup yang sihat
  • Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara


No comments:

Post a Comment